10 lagi pangkalan haram di Sungai Golok diroboh

Iklan
Polis Kelantan menerusi kerjasama dengan MKN, PTG dan JKR merobohkan 10 lagi pangkalan haram di Sungai Golok, Rantau Panjang pada Rabu. Gambar kecil: Mohd Yusoff.

RANTAU PANJANG – Polis Kelantan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) telah merobohkan 10 lagi pangkalan haram di Sungai Golok di sini pada Rabu.

Perobohan itu melibatkan pangkalan haram Ibrahim Pencen, Ibrahim Pencen 2, Kak Pah, Tambahan, Kayangan Inn, Jeram Perdah 2, Syed Moer 2, Jitong, Mat Yeh dan Mok Yah.

Iklan
Iklan

Kesemua lokasi berkenaan dikenal pasti sebagai kawasan yang digunakan untuk kegiatan jenayah rentas sempadan, khususnya penyeludupan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, operasi perobohan pangkalan haram itu berjalan lancar tanpa sebarang provokasi.

Iklan
Iklan

“Operasi ini akan diteruskan sehingga semua pangkalan haram itu dirobohkan sepenuhnya,” katanya.