Bapa tiri ditahan kes amang seksual kanak-kanak 11 tahun

Iklan
Polis menahan seorang lelaki disyaki melakukan amang seksual terhadap anak tirinya berusia 11 tahun. Gambar hiasan

GOMBAK - [DIKEMAS KINI] Polis menahan seorang lelaki disyaki melakukan amang seksual terhadap anak tirinya berusia 11 tahun di sebuah kediaman di Desa Aman Puri di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, suspek ditahan pada Selasa selepas menerima laporan berkaitan insiden itu.

Iklan
Iklan

"Suspek telah direman selama tujuh hari bermula Selasa sehingga Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Difahamkan, kejadian itu disedari ibu mangsa selepas memeriksa telefon bimbit suaminya berusia 30-an yang menyimpan gambar anak perempuannya dalam keadaan mencurigakan.

Iklan

Wanita berusia 30-an itu kemudian memanggil anaknya dan meminta kanak-kanak tersebut menceritakan kejadian sebenar sebelum dimaklumkan perbuatan yang dilakukan bapa tirinyanya.

Lelaki itu turut didakwa mengarahkan supaya kanak-kanak itu tidak memberitahu perkara itu kepada ibunya dan kejadian itu juga dipercayai berlaku sejak awal tahun.

Iklan

Wanita berkenaan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.