KUALA LUMPUR - Dua timbalan menteri mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.
Mereka ialah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh dan Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K Saraswathy.