Perkenal segera mekanisme DRG untuk kawal kos perubatan - Tze Tzin
Iklan
Muka depan Sinar Harian pada Rabu mengenai caj hospital swasta mencanak. Gambar kecil: Tze Tzin
SHAH ALAM - Kerajaan digesa segera memperkenalkan mekanisme kawalan kos perubatan seperti Diagnosis-related group (DRG) bagi memastikan perkhidmatan kesihatan di Malaysia lebih munasabah dan adil.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, langkah itu penting untuk mengawal caj rawatan tinggi yang dikenakan kebanyakan hospital swasta di negara ini sehingga membebankan pengguna.