Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS menjelang mesyuarat FOMC
Iklan
Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar AS pagi Selasa dan dijangka dagangan dalam jajaran kecil. Gambar hiasan
RINGGIT dibuka lebih rendah berbanding dolar AS pagi Selasa dan dijangka mengekalkan dagangan dalam jajaran kecil seiring dengan sentimen pasaran yang bercampur-campur berikutan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) memulakan mesyuarat dua harinya bermula hari ini.
Pada 8 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1120/1220 berbanding dolar AS daripada 4.1100/1145 semasa ditutup pada Isnin.
Iklan
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks Dolar AS (DXY) meningkat sebanyak 0.10 peratus kepada 99.087 mata berikutan mesyuarat FOMC yang semakin hampir.
"Hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) juga lebih tinggi apabila peniaga dan pelabur pendapatan tetap semakin berhati-hati mengenai keputusan yang bakal diumumkan dan dijangka apabila mesyuarat FOMC berakhir esok," katanya kepada Bernama.
Iklan
Beliau berkata, jangkaan penurunan kadar AS sebanyak 25 mata asas adalah keputusan yang pasti berdasarkan data pasaran buruh, perniagaan dan sentimen pengguna semasa.
"Bagaimanapun, hala tuju kadar faedah pada 2026 masih boleh dibincangkan walaupun Pengerusi Rizab Persekutuan yang baharu mungkin cenderung untuk melonggarkan dasar monetari,” katanya.
Iklan
Pada pembukaan dagangan, ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.47971/4930 daripada 5.4729/4789 semasa ditutup semalam, lemah berbanding euro kepada 4.7868/7984 daripada 4.7873/7926 namun meningkat sedikit berbanding yen Jepun kepada 2.6384/6450 daripada 2.6429/6460 semalam.
Berbanding mata wang ASEAN, mata wang tempatan itu meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1687/1769 daripada 3.1698/1735 semasa ditutup semalam, susut berbanding rupiah Indonesia kepada 246.2/247.0 daripada 246.1/246.5 dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8822/9224 daripada 12.9006/9204 semalam.
Bagaimanapun, ringgit hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 6.97/7.00 daripada 6.97/6.98. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>