Perlis rakam penghargaan atas komitmen padu kerajaan Persekutuan laksana pembangunan

Iklan
Mohd Shukri bergambar selepas membentangkan Belanjawan 2026 pada Persidangan DUN Perlis di Kompleks Seri Putra pada Selasa. Foto Bernama

KANGAR - Kerajaan negeri Perlis pada Selasa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Persekutuan atas komitmen padu dalam melaksanakan pelbagai projek pembangunan di negeri berkenaan.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, sokongan berterusan itu bukan sahaja memperkukuh infrastruktur asas malah membuka ruang pertumbuhan ekonomi baharu dan meningkatkan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, projek yang bakal dilaksanakan di Perlis melalui Belanjawan 2026 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Oktober lepas ialah menaik taraf Jalan Kampung Batu Dua ke Beseri dan Kolam Takungan Banjir Chuping.

Selain itu, pemasangan mesin pengimbas di Pelabuhan Darat Perlis, perolehan bangunan untuk dijadikan Kuarters Kakitangan Hospital Tuanku Fauziah dan pembinaan gantian penuh Sekolah Kebangsaan Chuping.

Iklan

"Kerajaan negeri serta jentera pentadbiran yang diterajui oleh Yang Berhormat Datuk Rahimi Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, akan memberikan komitmen penuh terhadap pelaksanaan projek-projek tersebut bagi memastikan setiap perancangan dan inisiatif dapat diterjemahkan kepada pembangunan yang nyata demi kemajuan negeri Perlis,” katanya.

Mohd Shukri berkata demikian semasa membentangkan Belanjawan 2026 Perlis bertemakan 'Perlisku Bestari Rakyat Sejahtera' semasa persidangan Dewan Undangan Negeri di Kompleks Seri Putra di sini pada Selasa. - Bernama

Iklan