KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri pada Selasa menerima kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV) hidrogen Toyota Mirai daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, menandakan langkah penting dalam memperkukuh agenda negara ke arah mobiliti hijau melalui teknologi rendah karbon serta pertumbuhan ekonomi bagi masa depan lebih mapan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu mencerminkan keyakinan rakan industri tempatan dan antarabangsa terhadap dasar serta hala tuju Malaysia khususnya dalam membangunkan ekosistem hidrogen negara.