Gempa bumi Jepun: Tiada rakyat Malaysia terjejas - Wisma Putra

Iklan
Warga Malaysia di Jepun dinasihatkan agar berwaspada dan mendaftar dengan Kedutaan. Gambar hiasan

SHAH ALAM - Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam gempa dengan magnitud awal 7.6 yang melanda timur laut Jepun lewat malam Isnin.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Kementerian Luar berkata Kedutaan Malaysia di Tokyo sedang memantau rapi situasi gempa pada kedalaman 50 kilometer itu.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat gempa bumi tersebut. Kedutaan sedang giat berkoordinasi dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat lanjut," menurut kenyataan itu.

Media antarabangsa melaporkan, sekurang-kurangnya 30 orang cedera susulan gempa bumi kuat itu.

Iklan

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), pusat gempa terletak di luar pesisir Wilayah Aomori pada latitud 41.0 darjah utara dan longitud 142.3 darjah timur.

JMA telah mengeluarkan nasihat tsunami untuk pantai timur wilayah berkenaan serta kawasan lain di sepanjang pantai Pasifik.

Iklan

Sementara itu, Kementerian Luar turut menasihatkan rakyat Malaysia yang tinggal atau sedang melancong di kawasan terjejas supaya sentiasa berwaspada, mengelakkan kawasan pantai dan mematuhi panduan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Jepun.

"Warga Malaysia juga sangat digalakkan untuk mendaftarkan kehadiran mereka dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo bagi memastikan komunikasi serta bantuan dapat diberikan dengan segera sekiranya diperlukan," kata kenyataan itu.

Rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Jepun bagi sebarang bantuan di talian +81-3-3476-3840 untuk pertanyaan umum dan +81-80-4322-3366 untuk kecemasan.