'Saya tidak ciplak'
Iklan
Mohamad Qayyum menegaskan segala tohmahan yang dilemparkan adalah tidak benar.
SHAH ALAM - Penulis yang dikaitkan dengan kontroversi plagiat menafikan segala tuduhan dilemparkan terhadap dirinya termasuklah dakwaan menciplak karya penulisan individu lain tanpa meminta izin.
Mejar (B) Mohamad Qayyum A Badaruddin berkata, tuduhan yang dilemparkan itu tidak berasas kerana sehingga kini tiada mana-mana pihak membuktikan bahagian mana dalam karyanya yang dikatakan ciplak.