'Penyeludupan' idea secara digital
Iklan
AI mampu menghasilkan tulisan yang lancar, tersusun dan sukar dibezakan daripada hasil tangan penulis sebenar. Gambar kecil dari kiri Abd Shukor, Siti Rohayah dan Sri Diah
SHAH ALAM - Dalam dunia penerbitan hari ini, isu plagiat bukan lagi sekadar menciplak ayat atau menyalin perenggan tanpa izin.
Kewujudan teknologi kecerdasan buatan (AI) telah mengubah landskap penulisan, sekali gus membuka ruang baharu yang lebih kompleks dan mencabar terhadap keaslian sesebuah karya.