3 langkah atasi banjir di PLSB Sungai Golok
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin mengenai kemelut dihadapi penduduk di sepanjang PLSB Sungai Golok. Gambar kecil (Mohamad Faiz)
KOTA BHARU - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menggariskan tiga langkah segera yang perlu dilaksanakan kerajaan bagi mengurangkan impak banjir di sepanjang Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok bermula dari Pengkalan Kubor, Tumpat hingga ke Rantau Panjang sementara menunggu kerja pembinaannya disiapkan sepenuhnya.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Bumi, Profesor Madya Ts Dr Mohamad Faiz Mohd Amin berkata, banjir buruk di Sungai Golok berlaku disebabkan hujan ekstrem Monsun Timur Laut (MTL) yang boleh mencapai 300 hingga 500 milimeter dalam tempoh 24 jam selain faktor topografi dataran rendah di Rantau Panjang dan kawasan sekitarnya.