Ringgit stabil berbanding dolar AS menjelang mesyuarat Fed esok
Iklan
Ringgit kekal kukuh berbanding dolar AS semasa penutupan Isnin. Gambar hiasan
RINGGIT kekal kukuh berbanding dolar AS semasa ditutup pada Isnin berikutan peniaga mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) selama dua hari bermula esok di Amerika Syarikat.
Pada 6 petang, ringgit hampir tidak berubah kepada paras 4.1100/1145 daripada dolar AS berbanding 4.1105/1140 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Iklan
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, mata wang tempatan bergerak dalam julat kecil antara RM4.1057 hingga RM4.1160 sepanjang hari dagangan memandangkan peniaga dan pelabur menunggu keputusan mesyuarat FOMC pada 10 Disember.
"Penurunan sebanyak 25 mata asas bagi kadar dana Rizab Persekutuan (Fed) nampaknya adalah perkara yang sudah pasti,” katanya kepada Bernama.
Iklan
Pada penutupan dagangan, ringgit menunjukkan trend lebih tinggi berbanding mata wang utama.
Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4729/4789 daripada 5.4859/4905 semasa ditutup pada Jumaat lepas, mengukuh berbanding euro kepada 4.7873/7926 daripada 4.7912/7953 dan naik berbanding yen Jepun kepada 2.6429/6460 daripada 2.6536/6561.
Iklan
Mata wang tempatan juga diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1698/1735 daripada 3.1741/1773 semasa ditutup pada Jumaat lepas, meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 246.1/246.5 daripada 246.8/247.2 dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.9006/9204 daripada 12.9054/9221 semalam.
Bagaimanapun, ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 6.97/6.98. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>