Gajah bantu bersihkan sisa kayu pascabanjir di Aceh

Iklan
Anggota Kor Briged Mobil Indonesia (Brimob) menggunakan gajah Sumatera untuk membantu membersihkan timbunan batang pokok selepas banjir kilat di Meureudu, daerah Pidie Jaya, Aceh, pada 8 Disember 2025. Foto AFP

ACEH – Pasukan gajah Sumatera terlatih dikerah ke beberapa kawasan terjejas di Aceh bagi membantu membersihkan timbunan kayu, lumpur dan serpihan besar yang ditinggalkan banjir besar hujung November lalu.

Langkah itu diambil selepas kerja pembersihan sebahagian kawasan sukar diakses jentera berat, terutama di laluan sempit yang dipenuhi pokok tumbang serta sisa runtuhan yang menyekat jalan utama.

Iklan
Iklan

Menurut pihak konservasi setempat, gajah-gajah ini sudah lama dilatih untuk operasi penyelamatan alam sekitar dan terbukti mampu mengangkat serta menolak beban besar dengan lebih cekap berbanding mesin, khususnya di kawasan berbukit.

Gajah-gajah ini mampu mengangkat serta menolak beban besar dengan lebih cekap berbanding mesin. Foto AFP

Iklan

Operasi pembersihan kini memberi tumpuan kepada kampung-kampung yang terputus hubungan akibat laluan rosak teruk.

Pasukan gajah membantu membuka jalan bagi memudahkan penghantaran bekalan asas serta mempercepat misi bantuan kepada penduduk.

Iklan

Gambar dari udara menunjukkan beberapa ekor gajah membersihkan kawasan yang terjejas pascabanjir Aceh.-Foto AFP

Banjir yang dicetuskan hujan lebat dan aliran deras dari kawasan pergunungan menyebabkan kerosakan meluas, dengan ratusan rumah rosak dan berpuluh penduduk terpaksa dipindahkan.

Pihak berkuasa menjangkakan kerja pembersihan akan mengambil masa beberapa minggu, namun penglibatan gajah Sumatera dijangka mempercepat pemulihan di kawasan kritikal. - Agensi