Pengembala kambing, serigala dan politik
Iklan
Kisah pengembala kambing pembohong mengingatkan kita bahawa kepercayaan sekali hilang sukar untuk dipulihkan sama seperti pemimpin politik yang suka berbohong kepada rakyat boleh menyebabkan rakyat hilang kepercayaan. Gambar hiasan
SAYA yakin kita semua pernah membaca atau diperdengarkan kisah gembala kambing pembohong dan serigala. Kisah ini sering dianggap cerita ketika kanak-kanak tetapi bagi yang mengamati politik hari ini, ia seperti cerminan realiti.
Di sebuah kampung ada seorang pengembala kambing. Dia berasa berasa bosan dan keseorangan. Pada suatu hari, dia dapat idea untuk menghiburkan kehidupan hariannya. Dia menjerit dengan kuat. “Serigala! Serigala! Serigala!” Orang kampung terdengar jeritan pengembala terus bergegas untuk membantu.