Lelaki maut kereta dihempap mesin cerucuk

Iklan
Mangsa ditemukan tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Lawas. Foto hiasan

SIBU - Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya dihempap mesin cerucuk di Kampung Peruan, Long Tuma, Lawas petang Ahad.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, mangsa, Bili Muli, 31, ditemukan tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Lawas.

Iklan
Iklan

"Bomba menerima panggilan kejadian pada 4.55 petang. Enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lawas berserta jentera tiba di lokasi yang jaraknya lapan kilometer dari balai bomba itu pada 5.03 petang,” menurut PGO.

Mangsa dikeluarkan daripada kenderaan itu menggunakan peralatan khas kemalangan jalan raya (RTA) bagi memudahkan kerja-kerja pemotongan kenderaan.

Iklan
Iklan

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada 6.45 petang. - Bernama