Prihatin tanda kerajaan prihatin nasib seluruh rakyat
Iklan
KOTA BHARU - Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuktikan kerajaan prihatin dan cakna kepada rakyat walaupun terpaksa berbelanja berbilion Ringgit.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, hakikatnya kerajaan merasai kesusahan dialami rakyat dan pakej tersebut bertujuan memberikan lebihan tunai ke dalam poket mereka.