WQC 2025: Industri halal pelindung penting ekonomi Islam

Iklan
Iszam

KUALA LUMPUR - Industri halal menjadi pelindung dan pemacu penting ekonomi Islam yang perlu dijaga dengan sebaik-baiknya oleh semua negara Islam.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Iszam Padil berkata, ini kerana kelebihan itu tidak dimiliki oleh negara bukan Islam.

Iklan
Iklan

“Industri halal satu-satunya yang kita ada di dunia tetapi tidak bagi negara bukan Islam. Ia mesti datang dari negara Islam dahulu.

“Jadi, komuniti Islam sama ada berada di Malaysia, Amerika Syarikat (AS) atau mana-mana negara, kita harus bekerjasama dalam konteks sebagai pengguna untuk memastikan apa sahaja produk yang dikatakan halal adalah halal seperti yang didakwa,” katanya.

Iklan

Iszam pada sesi perkongsian berkenaan industri halal sempena World#QuranConvention 2025 di Perdana Hall Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika sesi perkongsian berkenaan industri halal sempena World#QuranConvention 2025 di Perdana Hall Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada Ahad.

Iklan

Mengulas lanjut, Iszam berkata, industri halal kini bukan sahaja penting kepada negara Islam tetapi turut mendapat permintaan dalam kalangan negara bukan Islam terutama pensijilan halal Jakim yang dikeluarkan Malaysia.

Menurutnya, keadaan itu didorong oleh pengiktirafan dunia yang tinggi terhadap sijil halal Jakim kerana ia diiktiraf sebagai badan pensijilan halal bertaraf dunia.

Peserta tekun mendengar perkongsian hari kedua World#QuranConvention 2025 di Perdana Hall Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada Ahad.

“Kesedaran mengenai halal kini bukan sahaja tentang produk berasaskan makanan semata-mata tetapi juga melibatkan kosmetik, ubat-ubatan dan juga peralatan perubatan,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui agak terkilan apabila pemilikan sijil halal dalam kalangan pengusaha di negara ini kurang diberi perhatian.

Sedangkan katanya, semua pihak pihak dan negara menyedari akan pentingnya memiliki sijil pengesahan halal Jakim.