[VIDEO] Lelaki ditahan acu pistol pada jiran

Iklan

SUNGAI PETANI - Polis menahan seorang lelaki disyaki mengacukan pistol kepada jiran dalam kejadian di Bandar Laguna Merbok di sini pada pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 30-an dikatakan mengugut mangsa, menyebabkan laporan polis dibuat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, polis menerima panggilan daripada seorang wanita mengatakan diugut oleh satu lelaki menggunakan objek menyerupai pistol pada jam 8.45 pagi.

"Kita sampai jam 9.20 pagi, buat serbuan dan pemeriksaan mendapati terdapat satu objek menyerupai pistol," katanya kepada media.

Iklan

Suspek ditahan bagi membantu siasatan.

Hanyan berkata, polis turut membuat rampasan objek berkenaan dan sejumlah dadah untuk siasatan lanjut.

Iklan

Bagaimanapun, beliau berkata, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada lelaki terbabit mempunyai lesen senjata api ataupun tidak.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Akta Dadah Merbahaya 1952.

Sementara itu, penduduk yang enggan dikenali berkata, lelaki terbabit dikesan sering menimbulkan pergaduhan di kawasan perumahan tersebut.

Siasatan dijalankan di lokasi kejadian.

Menurutnya, ketika kejadian, suspek dilihat membuat kecoh di hadapan rumah semasa wanita itu sedang bersarapan dalam rumah.

Dakwanya, suspek sudah beberapa kali memarahi jiran namun tidak tahu punca kejadian tetapi sebelum ini pernah mengadu tentang bunyi radio yang kuat dipasang suspek beberapa kali.

“Dia tendang pintu pagar rumah dan apabila saya pergi ke depan, lelaki itu dikatakan tunjuk pistol... Kami bagitau polis kerana takut jadi apa-apa lebih teruk," katanya.