Dua kanak-kanak perempuan hilang ditemui selamat

Iklan
Kanak-kanak terbabit ditemui dalam keadaan selamat oleh penduduk kampung.

KUCHING - Dua kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dilaporkan hilang sejak pagi Sabtu, ditemui selamat oleh penduduk kampung di Batu Gelongan, berhampiran kawasan pantai di sini pagi Ahad.

Humaira Qalesya Mohd Dir dan Nur Ashafieya Aisyah Abd Nasru Asrafie, kedua-duanya dari Kampung Pasir Pandak, ditemukan sekitar jam 9 pagi sebelum dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk menerima rawatan.

Iklan
Iklan

Dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang ditemukan selamat di Batu Gelongan berhampiran kawasan pantai pada Ahad.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari kedua bermula pada jam 8 pagi dengan kehadiran pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya.

Iklan

“Sekitar jam 9.05 pagi, komander operasi memaklumkan kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan selamat oleh penduduk kampung, kira-kira satu kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).

“Ambulans dan pasukan penyelamat tiba tidak lama kemudian sebelum membawa kedua-dua kanak-kanak berkenaan ke Hospital Umum Sarawak bagi rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Kanak-kanak terbabit diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, berikutan penemuan itu, operasi yang turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Unit K9 serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.06 pagi.