Saran AGC tubuh tribunal selesai konflik pajakan
Iklan
Ahmad Murad
[DIKEMAS KINI] TUNTUTAN kedaulatan Kedah terhadap Pulau Pinang sekiranya bertujuan membetulkan rekod sejarah dan menolak naratif kolonial yang dianggap tersilap, bakal memberi implikasi besar kepada Perlembagaan Persekutuan serta kedudukan kenegaraan Pulau Pinang.
Pengarah Pusat Pengajian Ketamadunan Melayu-Islam di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata, sebarang penerimaan rasmi terhadap tuntutan Kedah akan memerlukan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas sistem pentadbiran negara.