Fenomena Aliakbar
Iklan
Berbekalkan kepetahan berpidato, imej bersih serta kerja lima tahun sebagai ADUN lantikan, Aliakbar akhirnya mencipta kejutan dengan kemenangan 365 undi.
TAHNIAH kepada Datuk Seri Hajiji Noor yang berjaya mengekalkan kedudukan sebagai Ketua Menteri Sabah bagi penggal kedua.
Ia bukan jalan mudah walaupun majlis angkat sumpah terus berlangsung sejurus keputusan rasmi diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).