Rombakan Kabinet isyarat kepada rakyat
Iklan
Walaupun Anwar menolak rombakan 'besar', rombakan berskala kecil tetap membawa makna politik dan pentadbiran yang signifikan. Foto Bernama
ROMBAKAN Kabinet kembali menjadi fokus politik tanah air. Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada rombakan besar-besaran bakal berlaku, hakikatnya beberapa kekosongan portfolio serta kedudukan semasa menjadikan penyusunan semula Kabinet semakin hampir.
Rombakan kali ini bukan soal ‘siapa ke mana’ tetapi ujian keupayaan kerajaan menambah baik prestasi dan keyakinan rakyat ketika kita menghampiri penutup tahun 2025 yang kritikal.