Rakyat Kelantan tak sabar buat lesen
Iklan
Kerajaan Kelantan membenarkan rakyat negeri ini memohon lesen mendulang emas mulai Januari depan. Gambar kecil dari kiri: Elani, Qistina Batrisya, Nur Alyaa Maisarah dan Mohd Haruzi
KOTA BHARU - Rakyat negeri ini sudah tidak sabar untuk memohon lesen mendulang emas dan menunggu kerajaan negeri mengumumkan lokasi yang boleh berbuat demikian.
Kebanyakan mereka menyambut baik pengumuman Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan bahawa permohonan lesen mendulang emas di bawah Seksyen 28 Enakmen Mineral 2001 akan dibuka mulai Januari depan dan hanya rakyat negeri ini layak memohon.