Ancelotti sasar permulaan sempurna selepas undian Piala Dunia

Iklan
Carlo Ancelotti - Foto: Agensi

PENGURUS Brazil, Carlo Ancelotti berkata pasukannya bertekad memenangi ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan pada Piala Dunia FIFA tahun depan di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada, lapor Xinhua.

Undian Piala Dunia pada Jumaat di Washington menempatkan juara lima kali itu dalam Kumpulan C bersama Haiti, Scotland dan Maghribi, yang mara ke separuh akhir pada 2022.

Iklan
Iklan

"Kami perlu berfikir untuk memenangi semua tiga perlawanan. Maghribi adalah pasukan paling sukar dalam kumpulan ini, tetapi kami perlu yakin,"  kata Ancelotti kepada pemberita.

Bekas ketua jurulatih Real Madrid itu menyifatkan kumpulan Brazil sebagai mencabar sambil menekankan bahawa persiapan rapi amat penting bagi memastikan mereka mara ke pusingan kalah mati.

Iklan

"Ia agak sukar. Maghribi menampilkan aksi mengagumkan pada Piala Dunia lalu dan Scotland juga memiliki pasukan yang sangat mantap.

"Ia akan menjadi sukar, tetapi perancangan kami ialah bermain dengan baik dan muncul juara kumpulan. Kami perlu membuat persiapan yang betul untuk memastikan kami memulakan kejohanan dengan langkah yang tepat. Perlawanan pertama sangat penting," kata jurulatih Itali berusia 66 tahun itu.

Iklan

Brazil layak ke Piala Dunia selepas menamatkan saingan kumpulan kelayakan Amerika Selatan 10 pasukan di tempat kelima. - Bernama