Ribut petir, hujan lebat landa 7 negeri, KL, Putrajaya

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya sehingga 4 petang ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh negeri Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak), serta Selangor membabitkan kawasan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Iklan
Iklan

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Negeri Sembilan (Jelebu, Jempol dan Tampin) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Turut terlibat Sarawak membabitkan Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong) serta Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu). - Bernama

Iklan
Iklan