PRK DUN Lamag, biar PN Sabah putuskan - Takiyuddin

Iklan
Takiyuddin

KOTA BHARU - [KEMAS KINI] Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyerahkan sepenuhnya kepada PN Sabah untuk membuat keputusan sama ada meletakkan calon atau tidak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag susulan kematian penyandang kerusi itu dari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar Radin.

"Kita serah kepada PN Sabah buat keputusan nak letak calon atau sebaliknya.

Iklan
Iklan

"Jika bertanding, kerusi tersebut milik Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia)," katanya semasa sidang akhbar ketika ditemui selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat (Bersama Masyarakat India) Peringkat Negeri Kelantan di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini pada Jumaat malam.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, Bung Moktar disahkan telah meninggal dunia pada jam 1.46 pagi.

Iklan

Pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan berusia 66 tahun itu disahkan oleh anaknya, Naim Kurniawan menerusi hantaran di Facebooknya.

Pada PRN Sabah lalu, Bung Moktar mempertahankan kerusi DUN Lamag dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru.

Iklan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, Lamag mempunyai 13,859 pemilih berdaftar pada PRN kali ini adalah antara tiga DUN dalam Parlimen Kinabatangan.

Terdahulu, PRN-16 pada 2020, Bung Moktar menang kerusi Lamag yang kali pertama dipertandingkan dengan majoriti 661 undi.