Jangan bikin susah bah
Iklan
Walaupun GRS tidak peroleh majoriti mudah 37 kerusi, namun tetap berjaya mengumpul sejumlah kerusi yang memudahkan usaha pembentukan kerajaan campuran dalam masa kurang dari 24 jam.
PARTI-parti nasional dominan yang membawa semangat dan kekuatan slogan 'Majukan Sabah' sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, berakhir dengan ego masing-masing ditenyeh pengundi Sabah.
Parti Bersatu yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) tewas di semua 33 kerusi yang ditandingi, manakala PKR pula hanya menang satu daripada 13 kerusi yang ditandingi. DAP pula kalah kesemua lapan kerusi yang ditandingi.