Pajakan perlu ikut nilai semasa - Tun M
Iklan
Infografik sejarah pajakan Pulau Pinang oleh kerajaan Kedah kepada British
TUNTUTAN Kedah terhadap bayaran pajakan Pulau Pinang daripada kerajaan Persekutuan wajar disemak semula berdasarkan nilai hartanah semasa serta kumulatif kenaikan inflasi 10,000 wang dolar Sepanyol sekiranya dibandingkan nilai wang fiat semasa.
Bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, berdasarkan nilai semasa, jumlah RM10 juta yang dibayar kerajaan Persekutuan ketika era Pakatan Harapan (PH) 1.0 dipimpin beliau, hakikatnya masih jauh daripada nilai sebenar sebagaimana yang dipersetujui ketika zaman kolonial British.