Kru kabin wanita AirAsia kini dibenar berhijab
Iklan
AirAsia mengumumkan dasar pemakaian seragam terbaru yang mana kru kabin wanita kini dibenarkan berhijab.
AirAsia pada Jumaat mengumumkan pembaharuan dalam polisi pakaian seragam kru kabin, yang kini membolehkan kru wanita memilih untuk memakai hijab ketika bertugas.
Langkah ini selaras dengan budaya syarikat penerbangan tersebut serta evolusi berterusan yang dibentuk menerusi maklum balas daripada pelbagai pihak.
Iklan
Iklan
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam berkata, pihaknya berbangga dengan pembaharuan ini yang memacu pertumbuhan dan pengembangan syarikat sebagai penerbangan global dengan tenaga kerja yang pelbagai mencerminkan komuniti dan budaya yang dihubungkan setiap hari.
“AirAsia berbangga mewujudkan persekitaran kerja di mana setiap Allstar berasa yakin, selesa dan bangga mewakili syarikat penerbangan di mana sahaja mereka terbang.
Iklan
“Seragam kami sentiasa mencerminkan profesionalisme, keselamatan dan keselesaan. Evolusi ini membina asas tersebut dengan memberikan keyakinan kepada kakitangan kami selaras dengan kepercayaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, kru kabin AirAsia sebelum ini telah menggunakan hijab dalam operasi ke laluan tertentu seperti Jeddah, mematuhi peraturan tempatan.
Iklan
Pembaharuan terkini ini memperluaskan fleksibiliti tersebut kepada semua kru kabin wanita yang memilih untuk memakainya, sekali gus memastikan keseragaman di seluruh rangkaian syarikat penerbangan, dengan mengekalkan identiti jenama AirAsia yang profesional.
Sementara itu, Ketua Kru Kabin Kumpulan AirAsia, Suhaila Hassan berkata, polisi terkini ini mencerminkan semangat kepelbagaian dan dinamik yang menjadi identiti AirAsia.
“Allstars kami berasal daripada pelbagai latar belakang, budaya dan kepercayaan, namun kami bersatu dalam komitmen untuk memberikan perkhidmatan dan penjagaan bertaraf dunia kepada para tetamu sebagaimana dibuktikan melalui kemenangan pelbagai anugerah penerbangan setiap tahun.
“Kami akan terus menerima maklum balas daripada Allstars dan bekerjasama rapat dalam reka bentuk terperinci serta pelaksanaan, sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya. Kami berharap untuk memulakannya pada bulan Ramadan 2026,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes pula berkata, antara kekuatan terbesar AirAsia ialah kepelbagaian tenaga kerjanya dan keterbukaan terhadap pelbagai pandangan.
Beliau berkata, apabila kru kabin mengutarakan perkara ini kepada pihak pengurusan, adalah penting untuk menilainya dengan serius.
“Menghormati pandangan dan kepercayaan yang berbeza bukan sahaja sebahagian daripada budaya kami, malah telah membentuk kejayaan kami selama ini. Inilah cara kami berkembang dengan berevolusi berdasarkan pandangan daripada kakitangan kami,” katanya.
Pakaian seragam ikonik kru kabin AirAsia berwarna merah akan dikekalkan, dengan penambahan pilihan hijab dan seluar yang direka secara profesional, mengikut reka bentuk yang digunakan oleh kru di laluan Jeddah.
Langkah ini diambil bagi memastikan keselesaan, keselamatan dan konsistensi jenama di seluruh rangkaian AirAsia.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.