KOTA KINABALU - Ribuan jemaah menghadiri solat jenazah Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang berlangsung di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di sini pada Jumaat.
Solat jenazah itu dilaksanakan sejurus selesai solat Jumaat dan diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Imam Suhaidi Kuanting.