'Bersatu perlu selesaikan konflik dua blok' - Penganalisis
Iklan
Bersatu perlu menyelesaikan isu dua blok kepimpinannya yang berkonflik sehingga menyebabkan struktur parti tidak stabil. Gambar fail
SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu menyelesaikan isu dua blok kepimpinannya yang berkonflik sehingga menyebabkan struktur parti tidak stabil.
Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Mohd Azhar Abd Hamid berkata, semua pihak dalam Bersatu perlu terbuka menerima hakikat bahawa perlunya transformasi dan mandat kukuh kepimpinan utama dirombak.