Kawal ‘pakar jadian’ di media sosial
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Jumaat.
SHAH ALAM – Malaysia digesa mewajibkan pempengaruh memiliki kelayakan pendidikan atau pentauliahan sebelum membincangkan isu profesional termasuk berkaitan agama, perundangan, kewangan dan kesihatan.
Peguamcara dan Peguambela, Nor Zabetha Muhamad menegaskan, langkah itu penting bagi melindungi masyarakat daripada maklumat salah yang boleh memudaratkan.