MOSCOW - Gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) Meta telah mula memadam akaun remaja Australia berusia bawah 16 tahun di platform media sosialnya pada Khamis, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik media Australia.
Kerajaan Australia merancang untuk melarang penggunaan platform media sosial popular, termasuk Snapchat, TikTok, YouTube, Reddit, Twitch dan X, bagi kanak-kanak bawah 16 tahun mulai 10 Disember.