Lian Ker cadang Shamsul Anuar disenarai dalam Kabinet baharu
Iklan
Lian Ker
SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker mencadangkanTimbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah mengisi Kabinet baharu kerajaan.
Menyuarakan pandangannya, Lian Ker menyifatkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu seorang individu berprinsip parti, teladan ahli politik Melayu lama dan UMNO yang ikhlas serta rendah diri.
Iklan
Iklan
"Saya jarang 'apple polish' atau 'bodek' kerana itu bukan budaya saya, tetapi Perdana Menteri minta awam cadangkan nama untuk isi Kabinet yang semakin ketandusan permata.
"Saya terbaca cadangan nama ini. Betul, namanya kurang diberi perhatian sebab dia tidak cari perhatian media.
Iklan
"Shamsul Anuar Nasarah letak jawatan menteri atas prinsip parti dan bukan peribadi, tetapi parti tidak memberi pengiktirafan pada keberanian, ketegasan dan pengorbanan beliau," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berseloroh apabila meminta pihak media mengemukakan cadangan nama bagi barisan Kabinet baharu.
Iklan
Ia susulan spekulasi mengenai rombakan yang menjadi tumpuan susulan beberapa menteri meletak jawatan selain menteri dan timbalan menteri berstatus Senator tamat perkhidmatan.
Susulan itu Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, Anwar akan memutuskan senarai menteri dan timbalan menteri Kerajaan Madani selepas proses pertimbangan yang cermat dan berhemah.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>