Tsunami Cina, metropolitan di Sabah
Iklan
DAP/PH telah hilang undi kerana kesilapan berkempen yang mengguris hati pengundi Sabah. Foto hiasan
PENGEMBALIAN Datuk Seri Hajiji Noor, kemajuan Warisan tetapi gagal membentuk kerajaan, kekalahan PKR di Inanam dan Api-Api, malah perangai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) merajuk kerana tak dapat jawatan menteri, semua tidak menghairankan.
Yang menghairankan ialah DAP kecundang di kesemua lapan kawasan yang dipertandingkan termasuk enam kerusi yang dimenangi pada PRN 2020, terutamanya di tiga kawasan di metropolis Kota Kinabalu.