'Undang-undang Seksyen 377 sudah jelas'
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu. Gambar kecil: Mohamed Haniff
SHAH ALAM – Tidak ada kelompongan dalam peruntukan Seksyen 377 Kanun Keseksaan seperti yang didakwa sesetengah pihak, sebaliknya undang-undang sedia ada sudah jelas dan mencukupi membabitkan kesalahan jenayah seksual luar tabii.
Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, kekeliruan yang timbul bukan berpunca daripada kelemahan undang-undang, tetapi akibat kegagalan pihak penguat kuasa termasuk polis memahami elemen kesalahan yang telah diperuntukkan secara terperinci di bawah Seksyen 377A hingga 377D.