Rakyat mahu perkhidmatan tren ditambah baik
Iklan
Prasarana juga digesa supaya membuat persediaan lebih ke depan dengan menyediakan pelan mitigasi sekiranya berlaku gangguan di luar jangka. Gambar kecil: Nur Asyikin
SHAH ALAM - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) digesa supaya memperjelaskan kepada umum mengenai perancangannya untuk memperkemaskan perkhidmatan tren di Lembah Klang bagi mengelakkan gangguan operasi daripada berterusan.
Ketua Pegawai Operasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Nur Asyikin Aminuddin berkata, penjelasan itu penting sebagai jaminan kepada pengguna susulan isu kelewatan dan kerosakan perkhidmatan awam tersebut yang semakin kerap berlaku.