Binasa jika normalisasi salah laku kecil
Iklan
Setiap pelanggaran amanah, walaupun kelihatan kecil berpotensi menular menjadi budaya negatif jika tidak ditangani sejak awal. - Foto hiasan
PUTRAJAYA – Tidak wujud istilah salah laku kecil atau salah laku besar dalam sektor awam, sebaliknya setiap tindakan melanggar amanah perlu ditangani segera sebelum menular menjadi satu budaya buruk dan negatif.
Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Tan Sri Dr Ismail Bakar berkata, amalan seperti melanggar prosedur operasi standard (SOP), menggunakan kenderaan pejabat untuk urusan peribadi atau mengambil jalan pintas dalam proses penguatkuasaan mungkin nampak remeh, namun jika dibiarkan boleh berkembang menjadi sikap cuai, penyalahgunaan kuasa dan ketirisan yang lebih besar.