Warga emas maut dipercayai terjatuh dari tingkat 19 kondominium

Iklan
Lelaki berusia 77 tahun ditemui terbaring di bahagian belakang pondok pengawal. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 19 sebuah kondominium di Setapak pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 8.01 pagi berhubung penemuan seorang lelaki berusia 77 tahun yang ditemui terbaring di bahagian belakang pondok pengawal.

Iklan
Iklan

"Pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat 19 kediaman berkenaan.

"Mangsa merupakan lelaki tempatan berumur 77 tahun," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat," katanya.

Iklan