KUALA LUMPUR – Berikut adalah kronologi lengkap perkembangan kes melibatkan Shamsul Iskandar Mohd Akin, dan ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing.
28 November 2025
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk Shamsul Iskandar dan Albert Tei bagi membantu siasatan berkaitan pemberian rasuah untuk mendapatkan semula dana politik yang didakwa disalurkan kepada beberapa wakil rakyat Sabah.
Shamsul Iskandar hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM pada tengah hari sebelum ditahan.
Albert Tei ditahan pagi hari sama di kediamannya di Puchong selepas gagal hadir memberi keterangan seperti diarahkan.
29 November 2025
Kedua-duanya dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman.
Mahkamah membenarkan reman enam hari sehingga 4 Disember 2025.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengarahkan siasatan diselesaikan dalam tempoh tujuh hari.
Kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
30 November 2025
Laporan media mula mendedahkan butiran siasatan, termasuk dakwaan bahawa terdapat pemberian wang oleh Albert Tei sebagai usaha “memulihkan” dana yang pernah diagihkan kepada beberapa ADUN Sabah.
3 Disember 2025
SPRM mengesahkan siasatan telah selesai sepenuhnya.
Shamsul Iskandar dan Albert Tei akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas sejumlah pertuduhan rasuah.
Selain itu, satu lagi pertuduhan berasingan dijangka difailkan terhadap mereka di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada hari berikutnya.