Bank Rakyat rangkul Anugerah Kepimpinan ESG di BBEA 2025

Iklan
Bank Rakyat rangkul anugerah kepimpinan ESG di Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Bumiputera 2025 pada 27 November lalu di Hotel Sheraton, Kuala Lumpur.

BANK Rakyat menerima Anugerah Kepimpinan ESG pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Bumiputera (BBEA) 2025 baru-baru ini bagi menghargai pelaksanaan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam operasi dan strategi perniagaannya.

Ketua Pegawai Strategi dan Kelestarian Bank Rakyat, Mohamad Taufik Mahamad Zakaria berkata, pengiktirafan tersebut turut menghargai inisiatif kelestarian perniagaan syarikat menerusi program keusahawanan RAKYATpreneur dan Bank Rakyat UNIpreneur.

Iklan
Iklan

“Pengiktirafan ini turut menyantuni perniagaan asnaf serta usahawan siswa asnaf yang berpotensi.

“Selaras komitmen Bank Rakyat terhadap agenda ESG, pembiayaan lestari menjadi fokus strategik bagi mempercepatkan peralihan kepada ekonomi rendah karbon melalui produk pembiayaan yang kompetitif dan mesra alam,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Pada 27 November lalu, Bank Rakyat menerima anugerah berprestij itu di Hotel Sheraton Kuala Lumpur atas pencapaian cemerlang dalam menerapkan amalan ESG secara holistik dalam operasi serta inisiatif Jangkauan Komuniti.

Pengiktirafan tersebut turut menyuntik motivasi dan semangat kepada Bank untuk terus memperkenalkan strategi inovatif serta memperluas program kelestarian sosial dan alam sekitar demi manfaat masyarakat secara menyeluruh.

Iklan

Tambah Mohamad Taufik, usaha itu merangkumi Pembiayaan Peribadi-i untuk panel solar, Pembiayaan Kenderaan-i bagi kenderaan hibrid dan elektrik serta Pembiayaan Peribadi-i untuk motosikal elektrik.

“Langkah ini bukan sahaja menyokong pembangunan ekosistem lestari malah membantu pelanggan membuat pilihan kewangan yang lebih mampan dan bertanggungjawab.

“Komitmen itu juga seiring dengan aspirasi Malaysia Madani yang menekankan nilai kelestarian, kesejahteraan dan inklusiviti sebagai asas pembangunan negara pada masa hadapan,” kata beliau.