Shamsul Iskandar, Albert Tei didakwa esok - Azam Baki

Iklan
Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan, Albert Tei yang disiasat berhubung kes rasuah akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis.

PUTRAJAYA - Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan, Albert Tei yang disiasat berhubung kes rasuah akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan telah selesai dijalankan pihaknya.

Iklan
Iklan

"Kedua-dua lelaki itu masing-masing akan berdepan beberapa pertuduhan di bawah Akta SPRM 2009.

“Seorang lagi individu dikenali Sofia Rini Buyong pula merupakan saksi pendakwaan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini pada Rabu.

Iklan

Tambah Azam, Shamsul Iskandar dan Albert juga bakal berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Jumaat.

 

Iklan