Warga emas maut dalam perjalanan solat Subuh di masjid

Iklan
Mangsa maut apabila motosikal ditungganginya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Batu Hampar, Manir pada Rabu. Gambar kecil: Awang Mat Amin

KUALA TERENGGANU - Warga emas maut apabila motosikal ditungganginya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Batu Hampar, Manir di sini pada Rabu.

Ketika kejadian mangsa, Awang Mat Amin, 79, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan menunaikan solat Subuh di masjid kampung itu sebelum terlibat kemalangan dengan sebuah Perodua Myvi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian jam 6.54 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta dipandu seorang jururawat berusia 36 tahun dalam perjalanan dari Kuala Berang menuju tempat kerjanya di Gong Badak, Kuala Nerus.

Iklan

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dikatakan keluar secara tiba-tiba dari simpang kiri jalan.

Keadaan motosikal ditunggang mangsa selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Batu Hampar, Manir, Kuala Terengganu pada pagi Rabu.

Iklan

"Pemandu kereta tidak sempat mengelak kerana jarak terlalu dekat sebelum terlanggar sisi kanan motosikal berkenaan menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.

Keadaan Perodua Myvi yang terlibat kemalangan di Jalan Batu Hampar, Manir, Kuala Terengganu pada pagi Rabu.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Nurul Azwan Mohamad Taib di talian 013-6038030 bagi membantu siasatan," ujarnya.