Pembalakan haram jadi punca banjir dahsyat di Sumatera?

Iklan
Video tular memaparkan longgokan kayu ketika banjir yang dipercayai berpunca daripada aktiviti pembalakan haram di Sumatera. - Foto Agensi

JAKARTA - Kemunculan longgokan kayu-kayu balak misteri di lokasi banjir di Sumatera hingga menggemparkan penduduk setempat telah membongkar kegiatan penebangan secara haram di wilayah Indonesia itu.

Rakaman udara menunjukkan sebahagian besar kawasan hutan kini 'botak' akibat aktiviti tidak terkawal tersebut yang juga dipercayai penyebab utama bencana lumpur dahsyat tersebut.

Iklan
Iklan

Wakil Ketua Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Cucun Ahmad Syamsurijal pada Isnin berkata, penemuan mengejutkan itu akan disiasat bersama dengan pihak berkaitan.

"Pemerintah akan menyiasat 'bencana buatan manusia' ini. Banyak hutan sudah gondol di Tanapuli Tengah dan Sibolga, Sumatera Utara.

Iklan

"Keadaan itu menyebabkan kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur yang teruk. Kami akan membuat penyelidikan menyeluruh dan setiap kementerian serta agensi akan meneliti faktor penyebab kejadian tersebut," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pusat Penerangan Hukum (Kapuspenkum) Kejagung, Anang Supriatna mengesahkan aktiviti pembalakan haram juga akan disiasat Satuan Tugas Penertiban Kawasan Hutan (PKH).

Iklan

"Kami menemui bukti berlaku kegiatan sedemikian yang memburukkan lagi bencana banjir di Sumatera. Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas jika ia merupakan aktiviti yang disengajakan," jelasnya lagi.

Perkara itu mendapat perhatian pemerintah setelah video memaparkan longgokan kayu balak dibawa arus banjir menjadi tular di media sosial. - Agensi