Jumpa bom dalam kedai runcit

Iklan
Hasil pemeriksaan mengesahkan objek tersebut merupakan bom buatan sendiri.

MANJUNG - Sebutir bom ditemui di sebuah kedai runcit 24 jam di Manjung Point, Sitiawan di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, objek mencurigakan itu disedari berada di atas rak makanan premis kira-kira jam 10.30 malam oleh pekerja premis.

Iklan
Iklan

Menurutnya, susulan laporan diterima, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung bersama Unit Pemusnah Bom bergegas ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan dan tindakan keselamatan.

"Hasil pemeriksaan mengesahkan objek tersebut merupakan bom buatan sendiri.

Iklan

Polis mengesahkan objek bom tidak berfungsi kerana tiada bahan letupan dan litar yang lengkap.

"Objek itu bagaimanapun tidak berfungsi kerana tiada bahan letupan dan litar yang lengkap," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, polis telah menahan seorang lelaki di hadapan premis berkenaan kerana disyaki terlibat dalam insiden itu.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah," katanya.

Hasbullah menegaskan, polis memandang serius sebarang perbuatan yang boleh menimbulkan kegusaran atau mengancam keselamatan awam.

"Orang ramai diingatkan agar tidak menyalahgunakan teknologi untuk menghasilkan sebarang bentuk ancaman yang boleh mengganggu ketenteraman.

"Kita tidak akan berkompromi dalam tindakan sebegini," katanya.