Tak boleh lengah senggara rel tua
Iklan
Perkhidmatan LRT perlu diselenggara lebih kerap kerana sudah hampir usia tiga dekad. Gambar kecil: Ka Siong
PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menegur pengurusan sistem rel negara yang dilihat gagal meletakkan keutamaan terhadap penyelenggaraan berkala sehingga berlakunya gangguan berulang perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel.
Menurut beliau, penyelenggaraan merupakan nadi operasi mana-mana rangkaian rel dan tidak boleh dianggap sebagai pilihan kerana tanpa proses itu, sistem boleh menjadi terlebih guna, mengalami tekanan berlebihan serta akhirnya gagal berfungsi.