Bila manusia hilang malu
Iklan
Tidak mudah untuk mendakwa pelaku seks songsang kerana mereka sukarela berasmara dan juga tidak mengganggu sesiapa. Foto: Bernama
SEJUMLAH 201 orang ditahan di sebuah pusat sauna di Chow Kit yang dikatakan terlibat dengan acara homoseksual mungkin agak mengejutkan.
Ia mengejutkan bukan hanya ia adalah perbuatan seksual aneh, tetapi beroperasi di premis perniagaan. Seolah-olah seksual terlarang kini seperti membeli barang di kedai runcit sahaja. Tiada lagi rahsia, tiada rasa bersalah.