RM540 juta ‘lesap’ kerana tren lambat
Iklan
Malaysia dianggarkan mengalami kerugian produktiviti lebih RM540 juta tahun lalu akibat gangguan perkhidmatan tren di Lembah Klang. Gambar kecil dari kiri: Barjoyai, Mohd Faisol
SHAH ALAM - Malaysia dianggarkan mengalami kerugian produktiviti lebih RM540 juta pada tahun lalu, dengan purata masa hilang mencecah 72 jam setahun akibat kelewatan kecil dan sederhana susulan gangguan perkhidmatan tren di Lembah Klang.
Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, anggaran itu dibuat berdasarkan nilai masa bandar RM25 sejam mengikut standard Bank Dunia, membabitkan 300,000 pengguna tegar tren yang berulang-alik setiap hari pada waktu puncak di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.