Tren lewat: Buffer time tambah kos majikan
Iklan
Kelewatan tren LRT, MRT dan Monorel walau sekadar beberapa minit setiap hari memberi kesan ekonomi yang lebih besar daripada apa yang dilihat di platform. Gambar kecil: Mohamad Khair Afham
SHAH ALAM – Kelewatan tren LRT, MRT dan Monorel walau sekadar beberapa minit setiap hari memberi kesan ekonomi yang lebih besar daripada apa yang dilihat di platform.
Masa yang hilang itu sebenarnya bertukar menjadi kos tambahan kepada majikan dan merencatkan produktiviti negara secara berterusan.