Kerajaan sedia peruntukan RM10 bilion bantu kumpulan M40

Iklan
Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kerajaan hari ini bersetuju menyediakan peruntukan sebanyak RM10 bilion bagi membantu kumpulan M40 yang terjejas akibat keadaan wabak Covid-19 ketika ini, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, bantuan itu akan disalurkan melalui Bantuan Prihatin Nasional iaitu pemberian tunai secara 'one-off' yang buat pertama kalinya disalurkan bagi meringankan beban golongan itu.

Iklan
Iklan

"Mereka termasuk pekerja swasta, peneroka Felda, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah,” katanya ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) di sini hari ini. -Bernama

AKAN MENYUSUL

Iklan
Iklan